Tuesday, December 14, 2010

RUMAH DINAIKI PENCURI

Malang mendatang tanpa diundang. Pada jam 3.50 pagi 2 Disimber 2010 (Khamis)rumah sewa Kak Long dimasuki pencuri. Barang-barang yang hilang seperti telefon aku, telefon Umi, telefon Firdaus, beg duit Firdaus (RM250.00, kad pengenalan, lesen dan pelbagai kad lagi, kamera digital dan laptop. Pencuri masuk melalui tingkap cermin dalam bilik air. Ekoran dari itu, Kak Long telah berpindah rumah iaitu sekarang menyewa di Pangsapuri Bukit Baru, Keramat.

Thursday, November 11, 2010

Sunday, August 1, 2010

LAWATAN KERJA KE KOTA KINABALU

Sekali lagi BSM Cabang Kota Bharu telah berjaya mengadakan lawatan kerja keluar negeri. Seramai 18 orang yang terdiri AJK dan Sukarelawan BSM Cabang Kota Bharu telah menyertai rombongan ini yang diketuai oleh Timbalan Pengerusinya Tuan Harun b. Tuan Yahya. Rombongan bertolak pada 27 Julai dan kembali pada 31 Julai yang lalu.
Rombongan sempat mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Cawangan Sabah, En. Asirin bin Abdul Kadir di Ibu Pejabat Cawangan. Juga dibawa melawat unit SMK Narinang, Kota Belut, Sabah pada hari ketiga.

Thursday, June 17, 2010

Saturday, April 10, 2010





Tarikh : 9hb April 2010
Masa : 9.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Dewan Profesional, Uitm Machang

Malam Graduasi BSM Cabang Uitm diadakan sempena memberi penghargaan dan penyampaian sijil serta cenderahati kepada komander-komander yang bakal meninggalkan Uitm kerana telah tamat pengajian bagi semester ini. Beberapa acara dan persembahan yang begitu mencuit hati tetamu yang hadir telah diatur sendiri oleh komander-komander BSM Cabang Uitm Machang. Majlis ini dirasmikan oleh YM. Tuan Harun Bin Tuan Yahya, Pengarah Bulan Sabit Merah Kelantan. Kenangan ini akan dibawa bersama oleh ahli-ahli BSM Cabang Uitm yang akan melangkah keluar nanti. Terima Kasih diucapkan kepada mereka dan teruskan berbakti kepada mereka yang memerlukan tidak kira dimana jua kita berada. "BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

Posted by SUKARELAWAN BSM KELANTAN

Wednesday, April 7, 2010



Pengerusi Bulan Sabit Merah Kelantan telah menerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan bagi tahun 2010 yang membawa gelaran Dato':

Hj. Wan Azhar Bin Wan Mohd Ali - Pengerusi BSM Kelantan
AHLI YANG KEDUA (DATO' PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (D.P.S.K)


Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' di atas penerimaan anugerah kehormatan negeri kelantan bagi tahun 2010. apa yang diharapkan dengan pengurniaan anugerah ini dapat membakar semangat untuk terus berjuang memajukan Bulan Sabit Merah Kelantan dan membantu masyarakat yang memerlukan.

Saturday, January 30, 2010

KEBAKARAN DI PUSAT PELUPUSAN SAMPAH TELUK KINTANG







Pasukan Bantuan Sukarela mula bertugas pada 21hb Januari 2010 di Balai Bomba Pengkalan Chepa. tugas BSM Kelantan adalah menyediakan makanan kepada petugas Bomba dan Penyelamat yang bertugas memadam kebakaran di Pusat Pelupusan sampah Teluk Kintang, Sabak. Seramai 15 orang ahli PBS memberi sumbangan tenaga yang diketuai oleh En. Mazlan Mahmood (Komandan PBS Unit 1) ketua memasak. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli PBS yang terlibat dan bertungkus lumus menyediakan makanan kepada petugas.